Operasi Kawalselia Padi dan Beras

OPERASI KAWALSELIA PADI DAN BERAS

Semua urusniaga di kaunter pejabat KPB adalah ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

PEMPROSESAN DAN PENJANAAN LESEN

Semua pemprosesan dan penjanaan lesen adalah ditangguhkan dalam tempoh PKP.

 

PEMPROSESAN DAN PENGELUARAN PERMIT PEMINDAHAN ANTARA NEGERI

  1. Pelaksanaan pengeluaran permit pemindahan beras antara negeri adalah dilaksanakan sepenuhnya melalui capaian secara atas talian (online) sahaja.
  2. Pelaksanaan pengeluaran permit pemindahan padi antara negeri adalah melalui email atau faks sahaja.

 

PEMPROSESAN DAN PENGELUARAN PERMIT PEMINDAHAN ANTARA WILAYAH (SEMENANJUNG KE SABAH ATAU SARAWAK)

Pemprosesan dan pengeluaran permit pemindahan beras dan produk hiliran atau hasil sampingan antara wilayah akan di proses melalui penetapan hari iaitu pada hari Isnin sahaja. Permohonan perlu melalui perkhidmatan kurier atau email sahaja.

 

PEMPROSESAN DAN PENGELUARAN PERMIT IMPORT ATAU EKSPORT

Pemprosesan dan pengeluaran permit import atau eksport akan di proses oleh pegawai yang terlibat secara atas talian (online) sahaja.

Translate »