Lesen Kilang Padi Komersil

PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN KILANG PADI KOMERSIL

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana orang yang berkelayakan untuk mengendalikan Kilang Beras bagi maksud komersil atau bagi maksud pengeringan atau pengilangan padi kepunyaan petani bagi kegunaan sendiri.

B. Panduan Permohonan

1. Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:
http://www.elesen.mafi.gov.my

2. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas atau syarikat milik warganegara Malaysia sahaja.

ii. Mempunyai modal semasa sekurang-kurangnya RM100,000 bagi Bumiputera atau RM200,000 bagi Bukan Bumiputera.

iii. Tapak kilang yang sesuai dan munasabah (berhampiran kawasan penanaman padi, bebas dari kawasan banjir, akses keluar masuk premis tidak menganggu aliran trafik, mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar).

iv. Tidak mendapat bantahan penduduk sekitar.

3. Dokumen Yang Diperlukan

Bahagian I Maklumat Asas Syarikat

i. Perniagaan Jenis Enterprise

a. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Kilang Padi serta alamat premis yang dipohon.

b. Salinan Borang 1 (I.R.D. No. 7), Borang R22 (Certificate of Registration) dan Extract of Business Names Registration yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Kilang Padi bagi negeri Sarawak.

c. Salinan Trading Licence yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Kilang Padi bagi negeri Sabah.

d. Salinan Penyata Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terkini atas nama pemohon atau perniagaan yang didaftarkan dengan baki tidak kurang daripada RM100,000 untuk pemohon Bumiputera atau RM200,000 untuk pemohon Bukan Bumiputera.

ii. Perniagaan Jenis Sdn Bhd / Bhd

a. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA).

b. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan jenis perniagaan Kilang Padi serta alamat premis yang dipohon.

c. Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000 bagi syarikat bertaraf Bumiputera dan RM20,000 bagi syarikat bertaraf Bukan Bumiputera.

d. Salinan Penyata Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terkini atas nama perniagaan yang didaftarkan dengan baki tidak kurang daripada RM100,000 untuk syarikat bertaraf Bumiputera atau RM200,000 untuk syarikat bertaraf Bukan Bumiputera.

iii. Perniagaan Jenis Koperasi / Pertubuhan Peladang

a. Salinan Sijil Pendaftaran Koperasi / Syarikat Kerjasama/Pertubuhan Peladang

b. Senaskah Buku Undang-Undang Kecil Pertubuhan.

c. Salinan cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk memohon Lesen Kilang Padi dengan menyatakan peruntukan modal bagi menjalankan perniagaan tersebut sekurang-kurangnya RM100,000 bagi perniagaan bertaraf Bumiputera dan RM200,000 bagi perniagaan bertaraf Bukan Bumiputera.

d. Senarai nama Ahli Jawatankuasa yang menunjukkan Jawatan, No. Kad Pengenalan dan alamat.

Bahagian II Maklumat Tambahan

i. Bagi Pemohon Lesen Kilang Padi Komersil

a. Salinan kad pengenalan atau JPN 1/9 pemohon.

b. Satu salinan surat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

c. Satu salinan surat kelulusan ubah syarat tapak kilang kepada Industri / kilang padi.

d. Satu salinan surat kelulusan mendirikan kilang padi daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

e. Satu salinan surat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

C. Bayaran

1. RM200 setahun bagi 1000MT padi yang pertama atau mana-mana bahagian daripadanya (Semenanjung Malaysia); atau

2. RM100 setahun bagi 1000MT padi yang pertama atau mana-mana bahagian daripadanya (Sabah / Sarawak); dan

3. RM10 setahun bagi setiap 1000MT padi berikutnya atau mana-mana bahagian daripadanya.

D. Kewajipan Pemohon

1. Tidak boleh mengendalikan mana-mana kilang padi kecuali di tempat yang dinyatakan dalam lesen.

2. Tidak boleh menyimpan atau menstor padi atau beras kecuali tempat yang dinyatakan dalam lesen.

3. Tidak boleh menyimpan atau menstor padi melebihi amaun yang dinyatakan dalam lesen.

4. Lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak kepada orang lain.

5. Pelesen hendaklah menyelenggara suatu akaun harian bagi :

a. Kelas dan jumlah berat padi yang dikilang

b. Jumlah berat dan gred beras yang diperolehi daripada pengilang padi

c. Jumlah kuantiti dedak dan beras pecah yang diperolehi daripada pengilangan padi.

 

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :

Seksyen Kawalselia Padi dan Beras
Bahagian Industri Padi dan Beras
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 2, Lot 4G1, Wisma Tani
Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya

Tel: 03-8870 1751 / 1739 / 1740 / 1741 / 1742 / 1744
Faks: 03-8870 1716%

Translate »