Lesen Membeli Padi

PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN MEMBELI PADI

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana orang yang berkelayakan untuk membeli padi.

B. Panduan Permohonan

1. Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:
http://www.elesen.moa.gov.my

2. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas atau syarikat milik warganegara Malaysia sahaja.

ii. Tapak pengumpulan padi hendaklah dikawasan yang bersesuaian yang tidak mengganggu kawasan awam.

iii. Tidak menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

3. Dokumen Yang Diperlukan

Bahagian I – Maklumat Asas Syarikat

i. Perniagaan Jenis Enterprise (Milik Tunggal / Perkongsian

a. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan “Beli/Jual Padi” serta alamat premis yang dipohon.

b. Salinan Borang 1 (I.R.D. No. 7), Borang R22 (Certificate of Registration) dan Extract of Business Names Registration yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan “Beli/Jual Padi” bagi negeri Sarawak.

c. Salinan Trading Licence yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan “Beli/Jual Padi” bagi negeri Sabah.

d. Salinan Penyata Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terkini atas nama pemohon atau perniagaan yang didaftarkan dengan baki tidak kurang daripada RM20,000 untuk pemohon Bumiputera atau RM30,000 untuk pemohon Bukan Bumiputera.

ii. Perniagaan Jenis Sdn Bhd / Bhd

a. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA).

b. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan “Beli/Jual Padi” serta alamat premis yang dipohon.

c. Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM20,000 bagi syarikat bertaraf Bumiputera dan RM30,000 bagi syarikat bertaraf Bukan Bumiputera.

d. Salinan Penyata Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terkini atas nama perniagaan yang didaftarkan dengan baki tidak kurang daripada RM20,000 untuk syarikat bertaraf Bumiputera atau RM30,000 untuk syarikat bertaraf Bukan Bumiputera.

ii. Perniagaan Jenis Koperasi / Pertubuhan Peladang

a. Salinan Sijil Pendaftaran Koperasi/ Syarikat Kerjasama/Pertubuhan Peladang

b. Senaskah Buku Undang-Undang Kecil Pertubuhan.

c. Salinan cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk memohon Lesen Membeli Padi dengan menyatakan peruntukan modal bagi menjalankan perniagaan tersebut sekurang-kurangnya RM20,000 bagi perniagaan bertaraf Bumiputera dan RM30,000 bagi perniagaan bertaraf Bukan Bumiputera.

d. Senarai nama Ahli Jawatankuasa yang menunjukkan Jawatan, No. Kad Pengenalan dan alamat.

Bahagian II – Maklumat Tambahan

i. Salinan dokumen alat-alat timbang, geran lori dan lain-lain jika ada.

ii. Salinan surat hak milik premis dan setor atau salinan perjanjian sewa.

iii. Surat pengesahan daripada kilang padi yang akan membeli padi.

C. Bayaran

1. RM200 setahun bagi 1000MT padi yang pertama atau mana-mana bahagian daripadanya (Semenanjung Malaysia); atau

2. RM100 setahun bagi 1000MT padi yang pertama atau mana-mana bahagian daripadanya (Sabah / Sarawak); dan

3. RM10 setahun bagi setiap 1000MT padi berikutnya atau mana-mana bahagian daripadanya.

D. Kewajipan Pemohon

1. Pelesen tidak boleh membeli padi di tempat selain yang dinyatakan dalam lesen dan pembelian dibuktikan dengan resit.

2. Pelesen tidak boleh menyetor atau menyimpan beras di tempat selain daripada yang dinyatakan dalam lesen.

3. Pelesen tidak boleh membayar harga belian yang lebih rendah daripada harga yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras.

4. Pelesen hendaklah mengambilkira apa-apa potongan yang perlu dan munasabah yang dibuat oleh sebab kelembapan atau benda-benda asing yang terkandung dalamnya dan gred padi.

5. Pelesen hendaklah membuat pembelian mengikut berat dan bukan mengikut isipadu.

6. Pelesen hendaklah membeli padi daripada petani dan membayar sepenuhnya secara tunai apabila selesai pembelian itu.

7. Pelesen hendaklah menyelenggara suatu rekod mengenai pembeli dan butir-butir lain seperti tarikh belian, nama, nombor kad pengenalan dan alamat pembeli, berat padi dan harga jualan.

 

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :

Seksyen Kawalselia Padi dan Beras
Bahagian Industri Padi dan Beras
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 2, Lot 4G1, Wisma Tani
Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya

Tel: 03-8870 1751 / 1739 / 1740 / 1741 / 1742 / 1744
Faks: 03-8870 1716

Translate »