Lesen Eskport

PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN EKSPORT

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana pemegang Lesen Borong Beras bagi tujuan pengimportan hasil sampingan berasaskan beras (Bihun, Kueteow, Laksa, dll yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras)

B. Panduan Permohonan

1. Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:
http://www.elesen.mafi.gov.my

2. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

Hanya dibuka kepada pemohon yang telah memiliki Lesen Borong Beras yang masih sah tempoh sahaja.

3. Dokumen Yang Diperlukan

Bahagian I Maklumat Asas Syarikat

i. Perniagaan Jenis Enterprise (Milik Tunggal / Perkongsian)

a. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras serta alamat premis yang dipohon.

b. Salinan Borang 1 (I.R.D. No. 7), Borang R22 (Certificate of Registration) dan Extract of Business Names Registration yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras bagi negeri Sarawak

c. Salinan Trading Licence yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Borong bagi negeri Sabah.

ii. Perniagaan Jenis Sdn Bhd / Bhd

a. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA).

b. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh.

iii. Perniagaan Jenis Koperasi / Pertubuhan Peladang

a. Salinan Sijil Pendaftaran.

b. Salinan Buku Undang-Undang Kecil Tubuh.

c. Salinan cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk memohon Lesen Eksport.

Bahagian II Maklumat Tambahan

Sesalinan Lesen Borong Beras yang masih sah tempoh.

%

Translate »